22 September 2012

23 Kurus tapi sihat.


Assalammualaikum.

Lama gila aku tak update blog. Entry dulu2 punya pun dah selamat di'draft'kan sebab bila baca balik rasa macam 'oh god... why?' haha. So ini hari aku nak share macam mana aku boleh kuruskan badan dalam masa 1-2 bulan, sebenarnya tak sedar pun diri sendiri dah kurus heh.

Aku mulai sedar badan dah susut bila ramai coursemate aku cakap aku guna Herbalife. Yelah sebab time aku kurus time tu Herbalife tengah up. Lepas tu ada kawan-kawan aku jual Herbalife, tu yang mengukuhkan lagi tuduhan mereka. Demmm, habis la duit rakyat Malaysia yang bayar cukai kalau aku beli Herbalife setiap bulan.


1. Apple Cider Vinegar
Yep aku minum cuka. Walaupun ditegah oleh bapak aku sebab cuka kot, aku minum hari-hari. Sepatutnya kena amalkan sehari 3 kali, kena campur 1 sudu teh cuka epal ni dengan berapa ounce air ntah (tak ingat sebab dah lama tak minum). Tapi aku ni bukan suka ikut peraturan pun, aku minum bila teringat je. Dia punya rasa, peh sangat la tak sedap, bau pun macam bau buah asam boi yang dah busuk tu. Selalunya aku sebelum nak beli barang yg tak pernah guna aku mesti buat research dulu. Banyak benefits cuka epal yg aku dapat dari google. Contohnya;



See, see betapa banyaknya benefits cuka apple ni? Tanpa ragu-ragu lagi aku pergi giant cari cuka ni, gigih tahu sampai semua rak aku cari, aku cari yang paling murah harga dalam RM11 - RM12, jenama Bragg lepas tu boleh brag kat kawan-kawan sekolej kau dah kurus. K. Kat Guardian pun ada! Tapi aku guna cuka ni tak sampai sebulan pun sebab kat kolej takde fridge, bau and rasa dia kalau tak simpan dalam fridge sangat la ohsemnya.


Aku dapat rasa la cuka ni sangat berkesan kat metabolisme aku, sebab sebelum ni aku jarang sangat pergi toilet, seminggu sekali pun payah. Lepas minum terus hari - hari. Ew.


2. Exercise.
Tak mana ada aku rajin exercise, aku exercise sebab terpaksa sebab mohon bilik tingkat 2 tapi kolej bagi bilik kat tingkat 5, dah la tingkat 5, jauh pulak tu dengan lif. Ini map kolej aku, bilik aku tingkat 5 - atas sekali - ramai foreigner - berhantu - lol. 


Warna biru bilik aku, warna kuning tangga harian ku, warna pink toilet bahagian tengah, warna oren mini mart, warna hijau lift. Kalau aku rajin aku akan naik tangga lepas tu sampai atas mengah pastu pengsan. Kalau malas nak naik tangga after beli barang kat mini mart aku naik lif lepas tu tawaf 1 lengkongan tu nak balik bilik. Satu lengkongan tu ada dalam 80 bilik. Lif kat bilik 80, bilik aku nombor 17. Haaa berapa banyak kalori terbakar tu. Konon naik lif, end up sampai bilik mengah jugak, berpeluh jugak. Tapi berpeluh tu sihat kan? Walaupun toilet sebelah bilik, aku rela pergi toilet yg jauh kat warna pink tu semata-mata nak mandi, lepas tu rela basuh baju guna tangan kat sebelah toilet daripada turun bawah guna mesin basuh. Basuh baju pun berpeluh jugak, sihat lagi.


3. Banyak makan buah.
Aku ni jenis tak makan sayur, sebab kalau makan sayur nanti aku mati. Hehe. So aku banyakkan makan buah. Aku boleh habiskan sebiji tembikai yang gabak tu tak sampai sehari. Tau kan buah banyak khasiat? 


4. Minum air mineral!
Kat sini aku selalu borong air mineral berkotak - kotak. Setiap kali lapar sebelum waktunya or lapar tengah malam aku selalu minum air mineral sampai perut kembung haha. Pergi kelas pun bawa air mineral. 


So, tu la yang mengakibatkan berat aku dari 58kg turun ke 48kg. Gila terkejut makyeh masa timbang. Tinggi aku kadang 163cm kadang 164cm - ralat mata manusia tak selari dengan ukuran, kau pendek dari aku ada hati nak ukur tinggi aku. Haha. Sebelum ni tak timbang kat public, sekarang pantang nampak weigh scale hee. Bapak aku cakap aku diet, tu yang kurus. Tak aku x diet, aku makan banyak gila kot. Kadang nasi sekali 5 kali, orang kalau diet tak makan nasi kot haha. Pulak tu lepas makan terus tidur. Sekarang berat pun maintain 48 - 49kg walaupun dah tak turun naik tingkat 5, tak basuh baju guna tangan, tak minum cuka epal, tak mandi kat toilet yang jauh. Yay!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...