13 October 2013

2 Trip to French-themed Resort, Bukit Tinggi

Hi Assalamualaikum!

Memandangkan aku berkahwin dengan orang yang kerja oversea (oversea sangat padehal Laut China Selatan) je pun dan ada kat rumah 2 minggu je sebulan, jadi setiap kali dia cuti mesti aku request jalan-jalan. So last week kami ke Kerteh ku tersayang lepas tu menghala ke Kuala Lumpur.

Maka sampailah kami ke Bukit Tinggi, nak naik sini jalan dia punya la OMG nak termuntah aku sebab berpusing-pusing nasib tak nampak gaung kalau tak memang gayat la kan. 


Welcome to Colmar Tropicale people! Hotel ni bertemakan satu kampung dekat France iaitu Colmar, kalau masuk dalam tu memang feeling oversea sangat cuma tak sejuk je. Aku expect Bukit Tinggi ni sejuk macam kat Genting but sadly no. Kecewa.






Decoration and design dalam bilik memang sangat cantik. Pulak tu perabot dia semua putih memang sangat menenangkan dan sedap mata memandang. Banyak gambar time malam je sebab sampai dah petang lepas tu hujan pulak so nak jalan-jalan pun tak best. Kalau korang stay kat sini korang akan dapat free pass ke Japanese Village dengan Botanical Garden.


Ini view dari tower. Ketaq lutut beb nak panjat tower ni, ada lift tapi tak boleh guna so kena la menapak nak naik atas, dah la baru lepas breakfast memang mengah la!




Yang ni view masa turun dari Japanese Village. Kalau nak pergi sini kena naik shuttle yang hotel dah sediakan. Ingatkan bila dah turun tu terus sampai, sekali kena naik bukit lagi baru sampai atas. Kat Japanese Village korang boleh sewa kimono dan baju samurai untuk lelaki tapi kena bayar RM20. Sebenarnya dekat atas ni dah tak ada apa-apa sangat dah, ikan-ikai koi pun macam sedih je tengok. Huhu.

Ada banyak lagi aktiviti boleh buat dekat Bukit Tinggi ni. Ada rock climbing, paintball dan macam-macam lagi. Oh ya nak bagitau ni makanan dan minuman kat sini super mahal. 100 plus RM3.90, air tin soya RM6. Dinasihatkan bawa bekalan air sendiri dari rumah kalau nak jimat. Bagi aku tempat ni biasa-biasa je. Not recommended untuk bawa family bercuti sebab tak ada apa yang menarik. Kalau saja-saja nak jalan okay la.


Okay see you in the next post!


2 comments:

  1. dalam selimut tu macam ada orang je tgk. haha hmm mcm menarik bukit tinggi ni. tapi tak sunyi ke? tgk mcm tak ramai orang je :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha memang orang pun. Sunyi sebab tak ramai orang. Dah la hutan je huhu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...