19 October 2013

2 Trip to Singapore

Hi Assalamualaikum!

Hari tu aku ada pergi Singapore. Sebenarnya dah banyak kali jugak pergi sana tapi semua tak ada yang pergi sendiri, semua ikut agent je. Kali ni nak challenge diri sendiri guna public transport - bas dan mrt. Ini percutian bajet dan tak ada proper planning, kitorang main terjah ikut suka-suka hati.

Dah nama pun percutian bajet kan, kitorang stay kat Tune Hotel, Danga Bay sebab kalau Singapore semua benda double. Dari Tune Hotel kitorang pergi ke JB Sentral, sebelum naik bas tu kitorang dah convert duit dekat kedai dalam City Square. Senang je nak pergi Singapore ni sebenarnya, lagi senang sebab kitorang ada EZ-Link Card (pinjam orang hehe). So naik bas ke mrt ke semua main tap tap je.

Untuk ke Singapore mula-mula kitorang kena jalan kaki ke Bangunan Sultan Iskandar - Custom, Immigration & Quarantine (CIQ) dan lepas cek passport (ada orang jaga di laluan, just tunjuk je passport), kitorang jalan ke tempat bas. Kitorang naik bas SBS 170 ke stesen MRT Kranji, Singapore. Lepas tu bas akan berhenti kat Woodlands Checkpoint dan kitorang kena pergi ke Imegresen Singapore pulak. Kat sini macam biasa lah kena isi borang putih. Masa kat sini semua orang kalut nak isi borang, cop passport dan kejar bas. Kitorang je relax sebab tak payah risau tertinggal bas, boleh naik bas lain sebab bas SBS 170 ni ada banyak.

Pastu kitorang turun kat MRT Kranji Station, sebelum tu topup dulu EZ-Link Card $10. Okay sekarang dah sampai Singapore mula-mula kitorang pergi Orchad Road. Tempat shopping uolss tapi mampu cuci mata jela semua harga ribu ribu je kat sini.

Lepas tu kitorang pergi Little India dan Bugis Street. Yang ni pun kitorang main tibai je jalan sana sini masuk lorong sana sini. Kitorang pergi Little India sebab nak sembahyang jumaat. Kat sini khutbah dia cakap tamil huhu lepas tu aku tunggu kat luar masjid ada la mat dengan minah saleh cakap cakap 'they are praying, they must pray on Friday' lepas tu kawan dia cakap 'so they only pray on Friday?' sambil gelak-gelak. Apakah?

Sebenarnya tujuan utama kitorang pergi Singapore adalah nak tengok singa keluar air tapi kitorang dah hilang arah tujuan. Orang cakap malu bertanya sesat jalan, so kitorang pun tanya lah sorang pakcik ni sekali dia cakap dia pun tengah sesat lololol marilah sesat secara berjemaah. Tapi pakcik ni baik sebab dia bagi kitorang map Singapore.

Akhirnya berpandukan map kitorang sampai jugak kat kawasan singa keluar air, tapi tak tau lah kitorang salah turun stesen ke apa kitorang kena jalan jauh gila nak pergi sini. On the way nak ke sini ada satu hotel tau, Fullerton Hotel. Kalau korang sampai sini mesti terpegun tengok yang duduk sini semua kereta mewah. Ferrari memang banyak gila lah, audi, bmw semua.


Nak pergi kat singa keluar air kena menapak banyak sikit pusing sana sini.




Ini Marina Bay. Bercita-cita nak naik SkyPark atas tu tapi dah tak larat nak jalan ke sana. Sebab kitorang tak lunch (tak jumpa halal food) dan bumi singapura tersangat lah panas. Next time nak pergi sini nak naik SkyPark je ($20).


Yang bentuk macam durian tu Esplanade dan ada Singapore Flyer. Semuanya mampu tengok dari jauh je hehe.

Kemudian kitorang balik semula ke JB. Naik MRT ke Kranji lepas tu turun untuk naik bas SBS 170 ke JB Sentral. Fuhhhh penat!

Total perbelanjaan untuk ke Singapore;
1. EZ-Link Reload - $20 untuk 2 kad
2. Air tin kelapa -$4

Itu sahaja haha kbai!


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. kalau awak nak dtg singapore boleh bagitau saya...saya org singapura boleh bwk awak jalan2.... makanan halal mmg susah nak cari daerah town jadi fast food je lah jawabnye....
    mmg awak turun salah station nak pergi ke merlion tu.....
    hehehehhehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...