14 December 2013

11 Akad nikah dan sanding dalam hari yang sama.

Hi Assalamualaikum!

Seperti yang korang sedia maklum, aku ni nikah dan sanding dalam hari yang sama. Aku sebenarnya memang nak kahwin simple-simple je. Mula-mula lagi la aku bagi idea kat parents nak nikah dan doa selamat je hihi tak nak sanding-sanding ni. Konon-konon nak macam orang putih la 100 orang je datang. Gitewww. Tapi of course la mendapat bantahan teruk dari orang-orang sekeliling. Anak perempuan sorang la, anak bongsu la.

Lagipun aku kan duduk kat Kerteh, family kat Johor. Memang susah sangat aku nak prepare apa-apa untuk wedding. Lepas tu aku tak dapat cuti lepas kahwin, aku dapat cuti 3 hari je sebelum kahwin sebab 1 Mei Hari Buruh, 2 Mei aku apply cuti, 3 Mei sebab Terengganu memang cuti hari Jumaat, 4 Mei kahwin dan sepatutnya 5 Mei tu kena masuk office dah tapi nasib baik lah time tu PRU13 jadi dapatlah rehat beberapa jam sebelum kerja balik 6 Mei. Tu yang dapat idea nak buat nikah dan sanding serentak tu, sebab aku memang tak kan sempat nak buat apa-apa kalau nikah 3 Mei. Kau tahu tak aku fitting baju nikah pun malam sebelum hari nikah tu. Sobs. 

Jadinya aku nak share tentatif masa 4 Mei tu untuk korang yang nak nikah dan sanding pada hari yang sama tapi tak tau macam mana nak plan dan takut kelam kabut.
7:30 - 9:00 am - Makeup untuk nikah. Lepas Subuh terus mandi tau.
9:15 am - Pengantin lelaki sampai rumah. Pengantin, saksi, wali setelkan borang nikah.
9:30 am - Nikah. Lepas tu ambil-ambil gambar sikit dan terus keluar rumah pergi outdoor shoot.
12:00 pm - Dah siap outdoor shoot untuk nikah, aku cuci makeup balik untuk makeup sanding pulak. Time ni rasa macam noob gila sebab aku kan tak pernah makeup, lepas tu nak cuci pun takde makeup remover, habis semua sabun aku guna nak hilangkan makeup haha.
12:30 pm - Makeup untuk sanding pulak. Macam aku tak payah tukar baju sebab guna baju yang sama, kalau korang guna baju lain tukar jela sekali. Bukan lama pun tukar baju.
2:00 pm - Rombongan pengantin lelaki sampai. Kitorang ambil gambar sikit kat pelamin lepas tu terus makan beradab. Tak ada sesi renjis merenjis sebab kitorang tak nak.
2:30 - 4:00 pm - Makan beradab dan layan tetamu. Lepas tu sambung ambil gambar dengan kawan - kawan.
4:00 pm - Pergi outdoor shoot untuk sanding pulak.
5:00 pm - Outdoor shoot selesai lalu hujan turun dengan meriahnya.

Itu sahaja. Tak ada la kelam kabut pun sebenarnya. Senang je. Tak payah fikir nak kemas rumah banyak kali. Tapi yang ni versi tak ada marhaban, baca yasin atau khatam quran la. Kalau ada yang tu susah sikit kot nak buat nikah dan sanding hari yang sama.

Hope it helps!


11 comments:

  1. saye pon nikah ngn sanding ari yg same.. jimat tenaga dan kos.. tp rushing ckit la.. ckit je xbyk.. hehe

    ReplyDelete
  2. Nk lg senang..nikah terus sanding...

    ReplyDelete
  3. thanks awk.. saya kan nikah dan sanding di hari yang sama.. insyaallah tips awk sgt berguna utk saya :)

    ReplyDelete
  4. Thanks sis.. sy pun ingat nak buat majlis nikah dan sanding serentak. Kalau nak ikut memang tak nak la sanding2 ni.. nikah dah la. Tu yang wajib kan. Hehe. Btw, perkongsian sis sedikit sebanyak beri guide untuk sy.. Thanks! Semoga berbahagia.

    ReplyDelete
  5. Thanks sis.. sy pun ingat nak buat majlis nikah dan sanding serentak. Kalau nak ikut memang tak nak la sanding2 ni.. nikah dah la. Tu yang wajib kan. Hehe. Btw, perkongsian sis sedikit sebanyak beri guide untuk sy.. Thanks! Semoga berbahagia.

    ReplyDelete
  6. Kami nikah malam, wat kat masjid je.. Family je datang...
    Tak rushing sangat esok fokus kat kenduri je la..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..tips sgt berguna..insyallah majlis sy akn berlangsung hari sama 29hb jan 17 ni..sy nak tanya lepas akad nikah kan, pengantin lelaki dan rombongan akn balik dulu kan baru dtg semula untuk sanding kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...