12 September 2013

193 Tips : Majlis Kahwin Sederhana

Hi Assalamualaikum!

Hari ni aku nak bagi tips wedding preparation yang sederhana. Sesuai diguna pakai untuk bakal pengantin yang nak jimat or dengan kata lain kedekut macam aku. Wedding aku simple je, semua benda simple.

Wedding Quotation boleh download di link ni --->>> http://bit.ly/nadiahelena

1. Majlis 2 dalam 1 
Ini adalah cara yang paling senang sekali nak jimat; iaitu buat majlis nikah dan bersanding pada hari yang sama. Contohnya macam aku nikah pagi, petangnya terus majlis sanding. Kat sini dah nampak dah korang akan jimat masa - tetamu, jiran tetangga, saudara mara tak perlu berulang alik untuk majlis yang berlainan, jimat tenaga - ahli rewang tak perlu kemas banyak kali, jimat baju - sebab baju nikah dan sanding aku adalah baju yang sama, jimat duit - sebab guna satu baju je hehe.


2. DIY - Hantaran, Hand Bouquet


Buat hantaran dan hand bouquet sendiri. Ala tak susah mana pun sebenarnya buat hantaran tu, cuma nak dengan tak nak je. Hand bouquet lagi la senang sangat-sangat. Sebab kos untuk buat satu hantaran selalunya ~ RM100, hand bouquet pun boleh tahan mahal juga. And disebabkan bunga-bunga mati untuk hias hantaran pun mahal, aku guna crepe paper je untuk buat sendiri. Tak tahu macam mana nak buat? Tanya Google. Memang sangat - sangat menjimatkan sebab satu gulung crepe paper cuma RM5 dan dawai putih cuma RM1.20 dan korang boleh dapat 50 kuntum bunga. 


Bunga untuk hand bouquet ni aku guna bunga span, sejambak ada 10 kuntum bunga ros saiz kecil berharga RM10. Aku beli 2 jambak, lepas tu holder dia tu aku guna batang crepe paper. Riben plastik oren dan putih berharga RM1 untuk setiap satu, kain untuk balut holder tu kain lebih untuk balut gabus hantaran. Bunga span ni cantik tau sebab memang nampak macam bunga hidup.


3. Kad Kahwin / Bunting
Kad kahwin kami pula berharga RM0.30 sekeping sebab kami pilih kad yang betul - betul sekeping je. Yang ni bagi aku kalau buat kad mahal - mahal sangat la tak berbaloi sebab ke tong sampah jua perginya. Lepas tu korang paksa la tokey kedai bagi korang free bunting, satu bunting je pun dah okay sebab kalau buat bunting tu kos dalam puluh - puluh ringgit juga tau. 


Bunting ni aku design sendiri, then bagi kat kedai kad tadi tu untuk diorang print. Simple sangat bunting ni sampai ramai complain kenapa tak ada gambar. Well, kami laki bini tak berkenan kot dengan bunting yang ada gambar sendiri. Eh kami punya majlis kami punya suka ah!


4. Kanopi / Dewan
Mula - mula nak buat event kat dewan sebab tak nak sepahkan rumah, last - last buat kat rumah jugak sebab dewan penuh. Kat tempat aku satu kanopi dalam RM220 siap kain hiasan, meja dan kerusi. Atas meja pun kosong je sebab nak jimat hehe cuma ada kerepek, kek span dan sebagainya haha.


5. Makanan
Cara nak jimatkan kos untuk makanan - rewang! Yang ni aku tak pasti sangat kos nya berapa sebab family yang uruskan cuma yang aku tau boleh jimat dalam RM2000 dari harga catering. Duduk rumah taman / kampung mesti ada geng kendarat / rewang kan? Apa lagi guna la khidmat mereka sebaik mungkin.


6. Cake
Macam mana nak cake yang cantik tapi murah? Macam ni, bagi design kek yang korang berkenan kat baker, lepas tu cakap nak nak sebiji sejiban macam tu tapi tak nak fondant. Taraaa! dapat la kek seperti hotel bintang lima tapi harga kaki lima.


Kek aku diinspirasikan dari kek Anggerik Weddings ni. Kek ni cantik gila nak menangis tengok. Aku bagi design ni la kat baker tu, cakap nak kek macam ni tapi guna buttercream lepas tu susun bertingkek - tingkek macam dalam gambar bawah sebelah kanan. Hasil dia jadi la begini, total harga - RM180 untuk sebiji kek dan 30 biji cupcakes.


7. Baju dan pelamin
Nak tahu tak jumlah harga pelamin + sepasang baju (kain beli sendiri) + veil + shawl + tirai + hiasan dan kain makan berdamai = RM1400 sahaja sekian terima kasih. Hehe macam mana aku boleh dapat murah cenggini ek?

Sebab pelamin dan baju aku simple sangat. Idea dicuri dari sini,

Ni bukan aku ye.
Baju kurung modern + lace + beads + shawl + veil aku berharga RM200. Dah macam harga baju raya je kan haha baju aku tu tak nampak macam baju pengantin pun, baju tetamu lagi vogue kot. Nak beli sampin macam ni juga mula - mula sekali akak kat Jakel bagitau harga dia terus cancel. RM1800 KAU SAMPIN JE KOT! So kami beli sampin biasa biasa je harga mampu milik. Upah jahit baju melayu lelaki RM100.


Rasanya itu jela penjimatan yang berjaya aku lakukan sepanjang majlis hari tu. Memang jimat sampai aku ada dalam RM3000 baki duit hantaran. Bagi aku kalau korang ada duit banyak sampai dah tak tau nak buat apa korang boleh la buat majlis macam dalam Raikan Cinta tu, tapi kalau sampai buat loan semata-mata nak majlis grand lupakan jela. Sebab lepas kahwin lagi banyak benda nak fikir - nak masuh rumah baru, barang - barang dalam rumah etc etc.


Thank you for reading this entry and see you in the next post!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...