19 November 2013

2 Trip to Langkawi

Hi Assalamualaikum!

Bulan lepas aku ada melancong ke Langkawi. Ini merupakan kali ketiga aku pergi sini, mula-mula dulu masa darjah 6. Masa tu semua tempat aku pergi (Makam Mahsuri, Underwater World, etc). Kali kedua pergi sebab aku masuk Wilderness Camp kat Pulau Tuba. Masa ni pulak tak berjalan sangat sebab kena travel dari satu pulau ke pulau yang lain naik kayak.

Aku pergi sini naik AirAsia. Booking siap-siap dengan hotel guna AirAsia Go. Jimat la jugak guna AirAsia Go ni. Lepas tu departure time dia tak sama kalau booking guna AirAsia biasa, jadi boleh pilih waktu yang best-best sikit. Tidur kat Seaview Hotel, Kuah. Memang betul-betul dapat sea view punya bilik. Terbaik! Tapi yang tak terbaik nya ialah breakfast kat hotel ni tak banyak pilihan, dah la tak banyak pilihan, tak sedap pulak tu. Sorry seaview! Total price = RM735.68 for two pax. Add on seat + luggage = RM35.

Seminggu sebelum pergi aku dah booked siap-siap kereta sewa kat sini. RM120 untuk Perodua Myvi dari Selasa 3.30 petang sampai Khamis 4.30 petang. So sampai Langkawi je terus contact Dafi kereta sewa dan menuju ke hotel. Hotel kat Kuah, airport kat Cenang. Peh jauh la jugak dalam 25 minit.


Destinasi pertama aku mesti lah Dataran Lang. Sebab Seaview Hotel memang betul-betul kat Pekan Kuah dan 5 minit je nak pergi Dataran Lang ni. Dataran Lang ada apa? Ada helang je ok.


Lepas tu dah Maghrib so aku pun dah lapar sebab kitorang tak lunch sebenarnya nak lunch kat Jom Ikan Bakar yang famous kat Padang Matsirat tu tapi arrival pun dah pukul 4 memang tak ada la lauk yang tinggal. Aku makan kat kedai-kedai area Dataran ni jugak. Nama kedai tak ingat, tapi kedai nombor 2 sebelah kedai nasi lemak. Dinner untuk 2 orang = RM30 (Nasi, Tomyam Campur, Sotong Goreng Tepung, Telur Bungkus, Orange Juice dan Air Asam Boi). Murah ke mahal ek?

Disebabkan stay kat hotel area sini, so memang aku terus pergi mall2 yang ada kat sini. Aku pergi Jetty Point, Langkawi Mall dengan Kompleks HIG. Kompleks HIG tu memang dah otw ke hotel so sekali jalan jela kan. Aku rasa dulu Kuah ni hidup, tapi sekarang macam area Pantai Cenang yang ramai orang. Shopping mall kat Kuah ni pun alahai sangat membosankan. 

Esok pagi lepas breakfast kitorang terus pergi ke Pantai Cenang untuk Island Hopping. Selalunya dalam sehari ada 2 trip je iaitu pukul 9-12pm dengan 2-5pm. Kitorang sampai Cenang dah pukul 9.30am lepas tu laju-laju telefon Pak Harun (0124078370). Nasib baik Pak Harun sanggup tunggu kitorang yang lems ni. Aku rasa Pak Harun Island Hopping ni yang paling murah kot (RM25/pax) sebab yang lain ada RM30. RM45 pun ada! Tempat nak naik bot adalah sila parking kereta depan Holiday Villa lepas tu jalan depan sikit.  


Island Hopping ni diorang akan bawak kita pergi 3 pulau iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah. Macam dalam gambar atas ni boleh nampak kan bukit tu bentuk perempuan mengandung tengah baring? Boat driver akan stop kejap tengah-tengah laut ini untuk korang tengok dan ambil gambar semua.


Lepas tu dia akan turunkan kita kat Tasik Dayang Bunting selama 1 jam. Kat tasik ni boleh mandi. Tapi jaga-jaga jangan bawa beg plastik sebab ada banyak monyet yang akan rentap apa yang korang pegang. Macam aku ni yang tak pegang apa-apa pun monyet tu gigit kaki aku. Hampeh sungguh kau monyet. 

Next destination is Pulau Singa Besar yang mana dia akan stop sekejap untuk bagi helang makan. Kita tak boleh bagi ye, kita cuma boleh terpegun lantas mengambil gambar helang-helang tersebut berebut lemak, kulit dan daging ayam sahaja sekian terima kasih. Ada lah dalam 15 minit untuk tengok eagle feeding ni.


Lepas tu pergi Pulau Beras Basah pulak. Dan boleh snorkeling jugak RM10/pax kalau korang sewa dengan boat driver. Kalau sewa dengan kedai kat sini dalam RM25/pax. Kat sini pun berhenti 1 jam untuk mandi. Tapi aku ni bijak tak nak google awal-awal yang kat sini boleh mandi so aku pun pakai kemeja dengan jeans je haha kesian laki aku tak boleh mandi jugak.

Sebab kempunan semalam tak dapat makan kat Jom Ikan Bakar, hari ni kitorang pergi lagi kedai tu. Memang ramai gila orang tapi aku rasa tak berbaloi pun makan kat sini. Makanan biasa-biasa je tapi mahal gila. 2 orang makan RM15. Gila. Menyesal tak sudah.

Lepas dah kenyang kitorang menghala ke Pulau Andaman sebab nak naik Cable Car yay! Pengalaman pertama aku naik Cable Car kat Genting Highland sangat dasyat sebab time tu hujan lepas tu cable car tu 3 kali ok dia berhenti. Kalau berhenti senyap-senyap takpe, ni berhenti siap berhayun-hayun. Nak tambah effect dasyat tu lagi, guruh dan kilat memang sabung-menyabung. Phew! Masa dalam kereta otw nak pergi sini laki aku dah tegur betul ke nak naik ni, tak nampak ke tinggi gila cable car tu sampai kat awan. Tapi aku confident tinggi cakap betul-betul nak naik. Harga cable car ialah RM15/pax. FYI, cable car ni ada 3 level iaitu base, medium, extreme. Aku yang gayat ni mampu naik base level je dah ketaq macam hape. Sebab base level pun dia naik sangat-sangat tinggi. 



Ini view dari base check-point. Bukan aku yang capture sebab aku dah tak mampu nak berdiri dah haha. 


Yang ni pulak view dari base check-point ke medium check point. Scary sangat okay. Memang tak la aku nak naik kan.


Macam kenal je kan gambar ni, kat kawasan Cable Car ni ada taman berkonsepkan Nami Island kat Korea nun. Tak dapat pergi Korea pergi sini pun jadi la kan. Boleh buat modal berlagak dengan kawan-kawan.



Apa yang aku cuba nak sampai kan kat gambar atas ni ialah kalau korang pergi Jom Ikan Bakar, kat sebelah kedai tu ada kedai kecil jual Coconut Shake RM3.50. Agak mahal tapi memang sangat-sangat sedap kalah Coconut Shake kat Klebang, Melaka tu. 


So it's time to go home. Banyak jugak la duit aku habis kat sini sebab borong coklat. Siap beli satu lagi luggage kau sebab borong banyak sangat coklat. Haha.


Okay itu sahaja, kesimpulannya kalau nak jimat pergi Langkawi jangan lah borong coklat. Tetapkan pendirian dalam diri bahawasanya coklat-coklat ni kat tempat korang pun ada walaupun takde hehe bye!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...