14 December 2013

11 Akad nikah dan sanding dalam hari yang sama.

Hi Assalamualaikum!

Seperti yang korang sedia maklum, aku ni nikah dan sanding dalam hari yang sama. Aku sebenarnya memang nak kahwin simple-simple je. Mula-mula lagi la aku bagi idea kat parents nak nikah dan doa selamat je hihi tak nak sanding-sanding ni. Konon-konon nak macam orang putih la 100 orang je datang. Gitewww. Tapi of course la mendapat bantahan teruk dari orang-orang sekeliling. Anak perempuan sorang la, anak bongsu la.

Lagipun aku kan duduk kat Kerteh, family kat Johor. Memang susah sangat aku nak prepare apa-apa untuk wedding. Lepas tu aku tak dapat cuti lepas kahwin, aku dapat cuti 3 hari je sebelum kahwin sebab 1 Mei Hari Buruh, 2 Mei aku apply cuti, 3 Mei sebab Terengganu memang cuti hari Jumaat, 4 Mei kahwin dan sepatutnya 5 Mei tu kena masuk office dah tapi nasib baik lah time tu PRU13 jadi dapatlah rehat beberapa jam sebelum kerja balik 6 Mei. Tu yang dapat idea nak buat nikah dan sanding serentak tu, sebab aku memang tak kan sempat nak buat apa-apa kalau nikah 3 Mei. Kau tahu tak aku fitting baju nikah pun malam sebelum hari nikah tu. Sobs. 

Jadinya aku nak share tentatif masa 4 Mei tu untuk korang yang nak nikah dan sanding pada hari yang sama tapi tak tau macam mana nak plan dan takut kelam kabut.
7:30 - 9:00 am - Makeup untuk nikah. Lepas Subuh terus mandi tau.
9:15 am - Pengantin lelaki sampai rumah. Pengantin, saksi, wali setelkan borang nikah.
9:30 am - Nikah. Lepas tu ambil-ambil gambar sikit dan terus keluar rumah pergi outdoor shoot.
12:00 pm - Dah siap outdoor shoot untuk nikah, aku cuci makeup balik untuk makeup sanding pulak. Time ni rasa macam noob gila sebab aku kan tak pernah makeup, lepas tu nak cuci pun takde makeup remover, habis semua sabun aku guna nak hilangkan makeup haha.
12:30 pm - Makeup untuk sanding pulak. Macam aku tak payah tukar baju sebab guna baju yang sama, kalau korang guna baju lain tukar jela sekali. Bukan lama pun tukar baju.
2:00 pm - Rombongan pengantin lelaki sampai. Kitorang ambil gambar sikit kat pelamin lepas tu terus makan beradab. Tak ada sesi renjis merenjis sebab kitorang tak nak.
2:30 - 4:00 pm - Makan beradab dan layan tetamu. Lepas tu sambung ambil gambar dengan kawan - kawan.
4:00 pm - Pergi outdoor shoot untuk sanding pulak.
5:00 pm - Outdoor shoot selesai lalu hujan turun dengan meriahnya.

Itu sahaja. Tak ada la kelam kabut pun sebenarnya. Senang je. Tak payah fikir nak kemas rumah banyak kali. Tapi yang ni versi tak ada marhaban, baca yasin atau khatam quran la. Kalau ada yang tu susah sikit kot nak buat nikah dan sanding hari yang sama.

Hope it helps!


10 December 2013

20 Pretty Little Boutique sebagai Bella Ammara Crew

Hi Assalamualaikum!

Ni nak bagitau kat orang-orang kampung ni, sekarang Pretty Little Boutique secara rasminya dah jadi salah seorang daripada Bella Ammara Crew. Jadi kitorang boleh jual semua produk Bella Ammara secara sah. Kalau dulu kitorang cuma jual Ammara Collection #09 je, sekarang kitorang dah jual semua!

Kejap lagi pukul 12 Bella Ammara nak release Royal Collection Premium. Ada 10 pilihan warna dan berharga RM294.


Selain dari telekung, kitorang ada jual cardigan, shawl, jubah dan sejadah jugak. Semuanya ada kat blog Pretty Little Boutique. Macam yang ni Curly Cardigan Bella Ammara. RM84 setiap satu. Material : High Quality Cotton Lycra Jersey.

Material : Brocade Paisley
Price : RM144
Postage : RM6
Total : RM150

Material : High Quality Lycra
Price : RM124
Postage : RM6
Total : RM130

Price : RM124
Postage : RM6
Total : RM130

Material : High Quality Cotton SB Line Jacquard
Border : High Quality Cotton SB Line Jacquard
Price : RM154
Postage : RM6
Total : RM160

Material : High Quality Italian Valentro
Lace : Black Lace (with labuci)
Price : RM274
Postage : RM6 
Total : RM280

Material : High Quality Heavy Dull Satin
Border : High Quality Heavy Dull Satin
Price : RM124
Postage : RM6
Total : RM130

Material : High Quality Italian Tiara
Lace : Soft Lace (Black) 
Price : RM124
Postage : RM6 
Total : RM130

Material : Chiffon Aritachi
Size : 1.7M X 0.55M
Price : RM44
Postage : RM6
Total : RM50

Material : High Quality Italian Tiara
Lace : Soft Lace
Price : RM194
Postage : RM6
Total : RM200

Material : Chiffon Aritachi
Size : 1.7M X 0.55M
Price : RM29
Postage : RM6
Total : RM35

Semua cantik-cantik kan? Rasa nak borong semua untuk diri sendiri. Tapi takkan setiap kali sembahyang aku nak tukar telekung. Satu hari lima telekung haha telekungista sangat kan. Buat lelaki-lelaki kat luar sana korang boleh belikan untuk adik-beradik perempuan atau mak korang. Buat perempuan-perempuan sila paksa boyfriend or tunang korang beli untuk hantaran kahwin / tunang hehe.

Ok bye and happy shopping!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...