04 September 2014

3 FREEBIE: Bill Payment Checklist

Hi Assalamualaikum!

Sekarang ni tengah rajin buat banyak Printables. Sejak - sejak ada Personal Planner sendiri ni, memang kerja aku asik buat printables jela. Niat nak buat tu memang ada, tapi sebab tak berapa nak kreatif, jadi hasil dia memang tak sama dengan apa yang diimpikan.  Tapi boleh la kan daripada tak ada.

Sekarang ni dah September, insyaAllah sebelum tahun depan dan boleh pindah masuk rumah baru sendiri. Rumah sendiri ni yang aku suka ni, tak sabar nak decorate macam-macam. Dah alang-alang nak masuk rumah ni aku dah siap pun buat Home Management Binder. Yang ni nanti aku reveal, sebab banyak printables dah siap tapi belum print lagi. Yang penting bajet murah je sebab recycle je bahan-bahan yang ada.

So hari ni aku nak bagi printable percuma! Dengar tak orang-orang kampung, percuma ni. Bill payment checklist ni fungsi dia nak memudahkan orang-orang OCD dan spesis yang berdekatan macam aku ni untuk keep track semua bil-bil yang kita dah bayar. Juga sebagai reminder senang nak cek bil apa yang belum bayar. Tak ada la nanti terlupa nak bayar bil Astro, tau-tau je dah kena potong. Sadis.


Format file ni ialah A4 size (borderless). Waktu nak print tu pilih la format ni so nanti cantik je hasil dia tak ada border putih kat tepi. Just ngam-ngam je saiz dia. Tapi kalau korang nak print saiz lain pun boleh. Ikut pilihan masing-masing.

Link untuk download:


Okay selamat berhujung minggu! (untuk Johor, Terengganu dan Kelantan) hihi.

Bye!


26 June 2014

5 Trip to Cameron Highlands, Pahang

Hi Assalamualaikum!

Sebenarnya seumur hidup ni la kali pertama aku pergi Cameron Highlands. Kesian kan? Orang lain siap boleh pergi day trip je ke sini. Aku memang suka tempat-tempat sejuk ni. Sebab tak suka berpeluh. Sebab tu aku selalu pelik kenapa la international student kat UTM suka study kat UTM, pergi la UK ke, Jepun ke haha.

Mula-mula kena la book hotel dulu kan. Nak book hotel kat sini pun pening kepala jugak. Banyak jugak aku Google dan macam-macam review yang ada. Jadi, last-last kami pilih Hotel De'La Ferns, Brinchang.

So, macam biasalah setiap kali nak pergi trip kemana-mana mesti aku dah siap buat tentatif siap-siap. Laki aku kenal dah aku ni OCD, semua nak perfect, jadi dia dah tak payah pening kepala dah fikir, semua bini uruskan. 

Konon - konon je ni ada tentatif, tapi bila dah sampai atas kelaut jugak tentatif ni haha sebab sampai atas masing-masing dah tingtong tak larat nak berjalan. Kami bertolak dari Johor pukul 8, sampai KL pukul 11 pastu melagho sekejap sebab ada kerja nak uruskan pastu kami keluar kat Simpang Pulai sebab ramai orang cakap jalan sini okay, tak macam jalan Tapah. Tapi jauh sikit la kalau dari selatan nak ke Simpang Pulai ni, ada dalam 45km. Dah kami ikut Simpang Pulai, GPS tak habis-habis recalculating suruh ikut Tapah. Sampai kami dah keluar highway pun dia suruh ikut Gopeng sebab nak naik ikut Tapah. Haih GPS ni memang nak kena.

Dalam pukul 6 kami sampai kat atas, ohoi pening gila jalan nak naik atas ni. Kami ingat naik atas ni sekejap je macam kat Bukit Tinggi, sekali dekat 70km daaa. OTW nak sampai hotel ni dah nampak dah ada pasar malam yang famous kat Brinchang tu. Check-in siap-siap lepas tu terus serbu pasar malam. Okay la Pasar Malam dia tapi nak parking tu seksa sikit. Kebanyakkan gerai-gerai kat sini pun jual barang yang sama - jagung, strawberry, keledek dan kelapa laut. Dan satu-satunya air yang jual kat pasar malam ni hanyalah air kelapa laut! Aku stress takde air lain.

Kat sini kami ambil pakej steamboat, RM70 untuk 2 orang. Mahalkannnn huwaa dah la kami berdua je lepas tu dah kenyang makan kat pasar malam pastu banyak sangat tak habis. Membazir. Cuma mampu habiskan mihun dan tomyam sahaja.


The next day, macam biasa la breakfast kat hotel. Breakfast dia biasa-biasa je. Boleh la setakat nak isi perut.

Tapi jangan ingat bila aku cakap makanan dia biasa-biasa, aku makan ini je. Oh tak mungkin, aku ni kalau breakfast memang pelahap. Breakfast like a king orang kata. Ni second round, first round ada nasi goreng, sosej dll kekeke.

First destination kami sebenarnya ialah Boh Tea Centre Sungai Palas, jalan nak masuk sini memang bahaya, kena bawak perlahan dan sentiasa bagi hon. Tak payah nak layan sangat okay. Dalam 3km perjalanan masuk, tapi kami sampai je depan pagar dia, dia tulis hari ni tutup sebab ada event apa ntah. Nak marah ada, nak tergelak ada sampai tak tau nak cakap apa. Ayoyo amma appa lain kali tampal la kertas tu signboard korang yang kat main road tu, ni tak dah masuk 3km penat-penat lepas tu kena keluar balik? View ladang teh kat sini pun kurang cantik, maybe dah kena petik.

Seterusnya kami pergi Lavender Farm. Motif pergi sini? Ntah la haha padehal tak minat bunga tapi saja-saja je nak pergi. Sebab kecewa dengan Boh Tea Centre tadi. Nama pun Lavender Farm kan, jadi memang semua tempat bunga jela. Boleh petik bunga dan strawberry juga kat sini. Tapi kena bayar la hehehe.

Pastu kami pergi lunch, dalam tentatif cakap nak lunch kat Nur Iman Restaurant kan, tapi nan hadoo kami tak jumpa pun tempat ni. Kami pergi ke Big Red Strawberry Farm. Kat sini boleh petik strawberry, tomato dan epal pun ada kalau tak silap.


Ni lunch kami, makan berdua je padehal. Laki aku dah bebel-bebel dah aku nak makan banyak tapi bukan habis pun. Paling tak habis sekali waffle dengan scone la. Waffle tu dah kembang, dah tak sedap. Scone pun macam err rasa telur dan susu. Fries, strawberries, teh, dan milkshake tu semua sedap.

Last sekali kami pergi ke Bharat Tea Centre. Nak pergi sini ikut laluan turun ke Tapah. Pergi sini semata-mata nak tengok ladang teh je. Kat sini cantik, jauh beza dengan Boh Tea Centre tadi.


Lepas tu macam biasa pergi Pasar Malam Brinchang balik sebab laki aku dah kemaruk air kelapa laut, aku je stress sorang-sorang sebab tak ada air lain haha. Esok pagi-pagi kami dah bersiap nak balik Johor. Time ni la baru beli macam-macam nak bagi kat orang semua. Balik kami turun ikut Tapah, jalan dia okay je tak banyak rosak cuma dia punya S tu ya ampun nak muntah aku. Serious pening gila ikut jalan ni. Laki aku siap suruh aku drive, tapi lupakan jela aku dah tak larat hihi. Okay itu sahaja.

Bye!


27 April 2014

10 DIY Personal Organizer / Planner

Hi Assalamualaikum.

Lamanya dah tak update blog kan. Blog dah berwajah baru sikit. Sikit jela tapi hihi. Hari ni nak cerita pasal organizer / planner. Dia selalu kalau orang yang OCD macam aku mesti ada organizer ni. Aku ni memang dah lama sangat teringin nak pakai organizer sebenar. Selama ni pakai kat hp je. 

Tapi organizer ni mahal tau. Kalau kat Kinokuniya tu mau cecah beratus - ratus. Erm macam tak mampu je kan. Kalau masa 2013 aku pakai organizer yang memang betul - betul DIY (potong fail yang keras tu jadi saiz A5, balut guna wrapping paper untuk binder dan design & print refills), tahun ni aku DIY dia punya refills je. Gigih tau print sehelai - sehelai lepas tu gunting satu - satu nak bagi sama saiz, lepas tu tebuk sehelai - sehelai jugak.


Ini la hasil dia. Cover / Biner ni aku beli kat Jusco. Semua Jusco ada. Harga asal RM89.90 then dapat diskaun 50%. Tapi sebenarnya aku nak cover dia yang pink tu je, refills dia aku tak nak sebab aku nak customize sendiri.

Macam mana nak customize refills ni? Senang je. Mula - mula korang kena la plan dulu apa tab yang korang nak dalam organizer korang. Macam aku cuma ada 3 tabs je iaitu Planner, Notes dan Activities. Ada orang letak Recipe, Contact, Bill Record dan macam - macam lagi. Ikut kreativiti dan keperluan masing - masing.

Bahan - bahan yang diperlukan adalah;

1) Kertas A4
2) Gunting
3) Puncher
4) Printer dan ink yang banyak sebab nak print beratus helai kertas
5) Adobe Photoshop untuk design
6) Binder (Beli / DIY)

Dah cukup semua bahan sila la mula design refills korang guna Photoshop. Ada orang guna Excel, tapi aku tak reti. Kalau takde Photoshop guna Words pun boleh la tapi kena jadi lebih kreatif. Ini contoh design (inspired by many people) aku;


Yang ni cover page organizer aku, hasil bila dah print ni jadi macam gambar first tadi. Kualiti biasa - biasa je sebab takde Laser Printer.



Aku dah siap tulis semua tarikh kat setiap page, jadi masa nak print tu memang leceh gila la kan nak kena edit semua tarikh. Kalau nak senang korang biarkan je kosong tak payah letak tarikh, boleh tulis secara manual. Pastu aku print saiz kecil, bukan A4 bukan A5 aku pun tak tahu ni saiz apa jadi sebelum print aku dah potong semua kertas A4 siap - siap lepas tu setup kat printer paper size ni. Boleh ukur guna pembaris la berapa panjang dengan lebar refills korang.

Kalau nak beli binder tu kena pastikan rings dia boleh buka, kang main beli je tak tengok dalam kang tak boleh buka pula refills yang sedia ada. Tak best la kan tak boleh customize sendiri. Then kalau binder yang korang beli tu rings dia ada 2 je korang boleh guna puncher yang biasa tu, kalau ada 4 atau 6 atau 8 tu korang kena beli puncher yang untuk tebuk 1 lubang tu je, pastu korang kena tebuk satu - satu la lubang tu sampai sakit tangan hihi.

Yang rasa macam dah nak tengah tahun baru nak buat organizer tu jangan risau, korang start la dari bulan berapa yang korang nak, takde masalah pun. Sebenarnya susah tau nak cari blog orang Malaysia yang DIY organizer / planner ni. Kalau mat saleh ramai, tapi susah sikit la nak ikut sebab banyak barang yang diorang guna tak ada kat Malaysia. 

Ok la itu sahaja, thanks sudi baca. 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...